Sejarah awal TNI Tentera Nasional Indonesia

Pada awalnya, negara Indonesia tidak mempunyai angkatan tentera. Badan Keselamatan Rakyat (BKR) yang dibentukkan dalam persidangan Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Soekarno pada 23 Ogos 1945 bukannya sebuah angkatan tentera yang rasmi.

Baik di pusat mahupun di daerah, BKR berada di bawah kuasa KNIP serta KNI Daerah, dan bukannya di bawah perintah Presiden sebagai Panglima Tertinggi dalam angkatan tentera. Pertubuhan ini juga tidak berada di bawah penyelerasan Menteri Pertahanan. BKR hanya dibentukkan untuk memeliharakan keamanan tempatan sewaktu Indonesia menyediakan diri untuk memulakan peperangan menghadapi Sekutu.